Thursday 29 March 2007

SEJARAH PROJEK KALSOM

Projek Kalsom merupakan projek amal yang diusahakan oleh mahasiswa-mahasiswi Malaysia yang menuntut di universiti-universiti di seluruh United Kingdom dan Eire, di bawah payung United Kingdom Executive Council (UKEC), sebuah badan gabungan persatuan pelajar Malaysia di UK. Projek ini dianjurkan oleh para budiman tanahair serta bantuan daripada syarikat-syarikat swasta, badan-badan korporat dan pertubuhan-pertubuhan sosial. Projek ini mendapat sokongan Menteri Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia di UK dan Eire.
Projek Kalsom bermula semasa sekumpulan pelajar A level (1993) dari Program British Top Universities (BTU) membaca keratan akhbar berkenaan Puan Kelthom Abdullah dari Kelantan di Dewan Malaysia, London. Keratan tersebut menceritakan tentang kedaifan hidup Puan Kalsom sebagai seorang ibu tunggal sehinggakan beliau tidak mampu meneruskan persekolahan anak-anaknya.
Pelajar – pelajar tersebut telah mengadakan pungutan wang untuk membantu Puan Kelthom, dan usaha sukarela ini telah diteruskan dengan merancang projek khas sebagai platform bantuan. Projek ini telah dinamakan Projek Kalsom sempena cetusan idea dari keratan akhbar tentang Puan Kelthom.
Dengan matlamat untuk membimbing pelajar-pelajar remaja di kawasan pedalaman di tanahair, Projek Kalsom dimulakan dengan hanya sepuluh sukarelawan mahasiswa yang mengendalikannya di Jerantut, Pahang. Projek ini kemudiannya berkembang tahun demi tahun; dan pada tahun ini, kami berharap dapat meneruskan usaha murni ini.

1 comment:

Unknown said...

hi
im from last year(kalsom 12) commitee
this is a video ive uploaded if u guys want to know what kalsom is like
http://files.filefront.com//;7146754;/
enjoy